Saturday, 13 August 2011

Wahai Sahabatku Yg Kecewa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…

Friday, 12 August 2011

madah untuk KaMu...

Jika kekasihmu mengkhianati atau meninggalkanmu, tersenyumlah...
sebab orang yg seharusnya bersedih adalah dirinya kerana kamu hanya kehilangan org yg tdk mencintai kamu....
Sedangkan dia... telah kehilangan seorg yg ikhlas mencintainya....rnung2kn ye..
Satu-satuny cra agr kita mperolehi ksih syng, ialh jngn mnuntt agr kta dicntai,
ttpi mulailh mmbri ksih syng kpda rng lain tnpa mghrpkn balasn...
4 insan yang akan kamu temui dalam hidup: pertame adalah diriMU.
KEDUA insan yang kamu cinta sepenuhnya.
KETIGA adalah insan yang mencintai kamu sepenuhnya.
KEEMPAT adalah insan yang akan menemani hidupmu hingga ke akhir hayat.
Kesedihan perlu ada pade kehidupan yang benar.
Yang 3 insan ini memang tidak akan sama!!!
CINTA YG TULUS:
♥ Cinta yang berani terbang, walaupun tahu akan terjatuh ..
♥ Berani berharap, walaupun tahu akan kecewa ..
♥ Berani mencintai, walaupun tahu akan terluka ..
♥ Berani berkorban, walaupun tahu akan sia-sia ..
Hidup tanpa cinta spt makanan tanpa garam. karena itu, kejarlah cinta spt kau mengejar waktu dan apabila kau sudah mendpt cinta itu, jglah ia spt kau menjg dirimu. Sesungguhnya cinta itu kurnia Tuhan Yang Maha Esa.
Cinta yg suci dpt dilihat dari pengorbanan ssorg, bukanlah dari pemberian semata.

++++++++++++ LETIH ++++++++++
 
♥~♥ 10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG ♥~♥
10 : rasa malu bila bercakap dgn dia
9 : anda prasan anda trsenyum bila brcakap dngannya
8 : kalau terlihat dia, x nmpk orang laen
6 : sentiasa teringat dia
...5 : happy bila bercakap dengannya
4 : akn cuba sedaya upaya utk berhubung dengannya
3 : apabila terbaca post ini, anda teringatkan dia
2 : sedang asyik memikirkannya sampai tak perasan num tujuh x ada dalam senarai
1 : anda tersenyum lepas check memang x ada..:p
 
Dalam hidup kita,
TUHAN akan bagi kita peluang
untuk kita berjumpa
dengan orang yang betul-betul kita sayang...
tapi hanya sekali....
......sekiranya kita leka
kita akan kehilangannya buat selamanya....
tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya
jika kita sendiri tak pernah sedar
dan tak pernah cuba untuk menghargai kehadirannya...
mungkin setelah segalanya berlalu
baru kita mula sedar
dan mungkin
kita tak berpeluang untuk memilikinya
untuk selamanya....
 
~* Wahai wanita *~
Jika benar kau cintai & ikhlas menerima lelaki itu,


•.♥• Layanlah dia dgn baik,
•.♥• Kasihilah dia,
......•.♥• Sokonglah dia,
•.♥• Balaslah dgn penuh kasih syg kepadanya,
•.♥• Utamakanlah dia,
•.♥• Bersyukurlah dgn kelebihannya,
•.♥• Beri pandangan yg baik kepada dia,
•.♥• Iringilah bersama dia ke jalan Allah,
•.♥• Kuatkan kebenarannya,
•.♥• Selalu berdampinglah dengannya,
•.♥• Terimalah & bersabarlah dgn kekurangannya,
•.♥• Jadi makmum paling taat & redhalah seadanya.

~* moga dia menempatkan mu di syurga sebagai bidadarinya
, tangisan semalam bukan bererti kita rebah untuk hari ini . tangisan semalam merupakan satu kebangkitan (:
Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi,..''peace''
adikn rndu itu pmanis hdp,bkn sbg pmsnah hdp krn rndu itu mbuat kita saling mgingati antr satu sama lain wlaupn brjauhan...
 

salam perkenalan....

salam tok sume yg follow blog aku yg x seberapa nie..mklum ler bru first aku update..klu xok @ u all boring,comment ler ape yg ptt yerk...ok..sblum ak trus bercerita pnjng lebar ak nk knalkn diri aku dulu..name aku <puteri nurazurin>itulh name yg tertera kt FB r.pggl jer ak puteri.;)cz ak suke ngn name 2,nme puteri yg ak pki 2 pon bkn sje suka2 tpi tulh glaran ak dri dulu..aku dlhirkn di hospital besar alor setr (HBAS),kedah tpi di besarkn d selangor.skolh rendh ak bseklah kt kedh <sek keb seri amar di raja>then bis jer UPSR ak smbng bljr jt <sek men tunku abdl malik>..tpi xlme msuk jer form 2 aku trus bpindh ke penjara sg.buloh sbb ikut abh ak posting sne..time 2 ler ak orng yg pling happy gler ble dpt thu kna pindh skolh..mklum ler time frust ptus cnta..he3..cnta mnyet ler..erm nth pape r...biasalh bdk2 kn time 2..:)
firstime msuk jer skolh bru,rase tkut n mcm2 prasaan yg dtg mslh utma ialh dialet KL,he3x keras gk lidh ak nk bckp,mklum ler kdah sejti,mne ler leh plat KL..;)tpi nsib bek ler dorng nie phm ak ckp utqa so xjdi mslh ler pda ak,dh 2 plk ak plk jdi bhn tok dorng glk..kternye klakar ble dgr speak utara..he3x...mcm2x..:)kputsn PMR ak ok2 jer..tggl aku sorng2 jer yg stay kt kl.sbb aku suka tggl kt kl..ak sukakn kesibukkn.lepas jer aku bis SPM n msuk form 4 ak mik alirn sastera mnt sains tpi xlpas lk nk msuk..sadiss gler,kna plk mik sbjek yg ak xske..erm mkin xder mo0d ak nk study..nk xnk kna ler ak hadap gk tpi nsib bek ak xmik akaun klu x mampos ak jdi bdk skema ler..;)mse study slu xder ler ak nie best student,agk nkl skit ler,siap der geng mgacau orng..wah!!..mmg truk gler lor..tpi xpnh di knakn tindkn oleh phk skalh 2 yg pnting..bersih rekod taw...
Pas bis jer SPM,aku mgnggur ler kjp,xlme pon...:)sbb ak nie jnis yg xreti dok diam..der jer yg ak nk wat,smpikn kdng2 mak ak pon angin ngn aku,pe x nye sik sukt jln jer..(bjln kuat)...pas sbln kmudian ak strt kje kt (swiss garden internationl)syrk plncngn,kt sni kje mmg best tpi tertekn ler skit cz wjib ader ctmer dlm sehri xbyk 5orng jer(byk pda aku..)erm...lme ler gk ak bthn kje kt sni dkt sethun lbih.pnca ak bhnti pon sbb ak kna tkar kje kt pjbt bsblhn KLCC,yg aku tlk 2 sbb gji x nek..phm2 jlh klu dh kje kt tgh2 bndr 2 kos dh tentu ler tggi...erm,nk xnk ak angkt kaki jlh...pas2 ak pnh bkerja skjp sbgai kerani n promote smua x kekl...then aku mik kputsn tok smbng study kt UIAM.alhmdulilllh ak hppy ble dpt smbng blaja n sgala2 bjln dgn lncr wlapon ade klanye kna repeat sbject..huh!!pdh nye asik nk enjoy jer..hehehe..tpi dpt gk abiskn study.....
pas 3 bln nye....ak dpt twarn kerja kt AMBANK GROUP (amassurance).sebuah institusi perbnkn dn berjwtn sbgi tele markting jgk...alhmdulillh slpas beberpe bln ak msih di ambnk goup,bln nie las ak traning...pas nie xthu ler bpe thun cntrct ak ngn phk bnk...
~nilh sba rngkas kish ttg idup aku...nti ak aku kngsi mcm2 lgi kt blog ak nie...mgkin pas nie nk kmbngkn bisness ak kot...pape pon doakn ak bjya dlm idop ak n mndpt kbhgiaan drti-nye...
...bersmbng...

Thursday, 11 August 2011


salam ramadhan 2 oll friends..and



salam lebaran tok smua rkn2 FB n staff ambank n tok fmily yg tercnta..;)

Wednesday, 10 August 2011



kembali pulang by kanger band...
pernh kh korng smua alami sitiasi mcm nie?tujuan aku msukkn lgu nie sbb mngigtkn aku kpada seseorng yg aku cintai...msih bru perkenaln yg terjalin..sesmbil korng bca status ak nie lyn ler lgu nie skali ler,bru feel 2 dtg..:) tpi,ati mnusia xder sape yg leh paksa.....erm xpyg ler aku membebel pnjng..aku truskn tujuan aku yg nk luahkn ape yg aku pendam.:(
ak der knal seseorng,perknln mse bru g,orng kte tgah hot ler....tpi nth ler sejk ak pulng dri kg bsama si dia hti aku rase smcm jer,xsng dudk n slalu ingtkn si dia...mse awl2 pkenln dia ade luahkn perasaan kt aku tpi nth mcm ner dia kte yg dia sukakn tpi skrg dia ktejust nk anggp ak sbgai kwan plk..yg aku kcawa ak dh wt kputsn tok serius ngn dia..sbb fmily aku merestui pknln kmi..mengis ler skjp aku ble dia wt kta puts tok berkwan....erm..ak pon xthu smpi ble ak hrus tggu...smpi dia dh btul2 bersedia ke?sethun lgi?or......smpi dia dh jmpe pgnti yg len....tpi aku hrp dn sentiasa berdoa smoga dia tercipta untukku....sperti yg ayh aku kter'dia OK,tpi jagalh dia baek2x'......insyllh ayh,zurin ak sntiasa wt yg terbaek toknya....sya syg klurga sya,ayh sya n si dia......;( 



airmata wanita....








Bukan Mudah Nak Tambah Isteri 1

                 Saya bukanlah seorang penulis yang baik untuk memberikan pandangan dalam bidang yang memang bukan bidang saya. Akan tetapi sedikit ilmu yang tersemat di dada dan juga secebis pengalaman yang terukir nun di sudut sanubari,sedikit sebanyak mengingatkan saya tentang satu cerita hasil dari pembacaan sebuah buku ilmiah tempoh hari. Hakikatnya cerita itu membuatkan saya ingin berkongsi bersama teman-teman yang dirahmati Allah akan suatu peringatan kepada suami-suami dan isteri-isteri di luar sana kerenah dan ragam masing-masing.

                 Sebilangan isteri amat suka membaca blog-blog di laman internet, tak kurang pula si suami suka juga berblog seperti yang dilakukan oleh ramai suri rumah dewasa ini. Kekadang kita akan berjumpa dengan blog yang kita rasa ceritanya seakan cerita kisah hidup kita, terus kita akan follow blog tersebut dan share dengan rakan-rakan yang kita rasa punya masalah yang sama dengan kita. Tujuan kita berkongsi blog adalah untuk bertukar pendapat,dan berharap luahan hati kita sampai dan tepat pada orang yang sepatutnya. Kita mengharapkan orang yang membaca blog kita segera berubah dan memberikan respon kepada apa yang ingin disampaikan oleh penulis blog. Betapa harapan itu menjadi satu impian penulis, namun kenapa penulisan itu hanya sekadar tulisan dan pembacaan semata-mata?

                 Atas kepentingan inilah saya tampil untuk menjadi penulis kedua yang memberi respon kepada segala pemasalahan yang berlaku sekitar hubungan suami dan isteri yang kebelakangan ini kian meruncing. Nilai sebuah perkahwinan menjadi begitu rendah berbanding nilai yang disebut semasa berlangsungnya acara akad nikah. Betapa rapuhnya ikatan sebuah perkahwinan yang dianggap suci itu,sehingga manusia lupa akan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah kepada mereka. Bahkan kehadiran anak-anak dalam hubungan kekeluargaan langsung tidak memberi kesan dalam hati mereka untuk menilai ikatan yang dijalinkan atas nama Allah S.W.T.

               Ucapan cinta,sayang,rindu hanyalah mainan di bibir sahaja. Selepas berkahwin segalanya bagaikan dilanda tsunami yang tidak bertepi. Nilai murni hanyut dibawa arus tanpa ada rasa belas dan kasihan pada sebuah ikatan yang dijalinkan. Betapa kejamnya manusia yang pandai bermain dengan kata-kata. Lantaran kata-kata itu telah menerbitkan rasa cinta,kasih,sayang dan rindu yang membuak-buak,seterusnya menimbulkan rasa untuk bersama sebagai sepasang kekasih atau suami isteri. Keadaan yang dipaparkan dalam kaca tv mahupun yang didengari dari corong-corong radio cukup membuktikan betapa dayusnya manusia akhir zaman. Kes bunuh dan keguguran bayi kerap dicetak di dada akhbar dewasa ini. Keadaan ini cukup membimbangkan para da'ie dan da'ieyah yang punya sensitiviti terhadap "deenul Islam",agama yang cukup harmonis dan sinonim dengan sifat kasih sayang.

                Izinkan saya memohon maaf jika paparan cerita saya ada membuat pembaca dan peneliti blog berasa tersinggung dengan tulisan saya yang tidak seberapa ini, kerana saya tidak ada niat untuk mengutuk atau menyinggung sesiapa melainkan rasa terpanggil untuk berkongsi rasa bersama rakan-rakan yang mungkin memerlukan pandangan dan penyelesaian kepada pemasalahan yang sedang mereka hadapi. Di sini saya ingin bawa saudara/i untuk meneliti slot-slot cerita di bawah ini sebagai satu selingan dalam memahami kerenah dan ragam suami dan isteri.

Slot 1 :  En. Rushdan

"Saya bukanlah suami yang terlalu baik tapi saya bukan juga suami yang jahat. Tapi terus terang saya katakan,kadangkala apabila tengok rakan-rakan lain yang sudah berkahwin berkepit dengan girlfriend, teringin juga dalam hati nak jadi seperti mereka. Bukanlah kerana nak seronok-seronok tapi saja nak test market sama ada masih laku atau tidak.  Bohong kalau saya cakap tak pernah terlintas untuk kahwin satu lagi, tapi untuk menjadikan mimpi itu kenyataan ternyata bukan semudah memetik suis lampu. Bagi lelaki seperti saya,yang sedar akan kemampuan saya terus mematikan keinginan itu begitu saja. Kalau nak kira seronok, memanglah tapi persoalannya di mana penamatnya? Bercinta bagi seorang suami ibarat bermain bola tanpa hajat nak menjaringkankan gol."

Ulasan penulis :

"Saya beranggapan bahawa ramai suami di luar sana yang punya style di atas. Jadi awaslah wahai wanita,tak kiralah sama ada anda anak dara atau 'mak jan' atau siapa saja,tidak ada kucing yang misainya tidak menguit jika ikan sudah ada di depan mata. Bagi lelaki yang sudah berkahwin dan isteri pula bukan betul-betul troublemaker,rumahtangga sedia ada adalah lebih berat timbangannya jika dia perlu buat keputusan untuk kahwin lagi satu.Lainlah jika si suami itu betul-betul bersedia untuk menghadapi apa jua risiko dengan keputusan itu. Jadi,dalam keadaan ini siapa yang menjadi mangsa?....Wanitalah juga...."

Slot 2 :  En. Azhar

"Pada suatu ketika,saya pernah ditanya oleh isteri saya sama adapernah ada hati untuk kahwin lagi? Melihat cuaca yang agak baik saya pun menjawab "Ya". Dia tanya lagi "Bila?" Saya kata " Masa kita gaduh,abang fikir kalaulah ada rumah satu lagi kan best. Sayang marah-marah,abang lari rumah sana"

Ulasan penulis:

"Dalam ilmu komunikasi,konflik seperti itu dipanggil sebagai konflik 'pseudo' iaitu konflik yang direka oleh dua pihak yang bertelagah yang sebenarnya mempunyai matlamat yang sama di dalam hati mereka namun sangkaan mereka bercanggah hanya kerana mereka tidak berterus terang. Oleh itu, dalam suatu hubungan kita hendaklah mengeluarkan kata dari hati kita dan tidak cuba memendam rasa yang akhirnya akan memakan diri sendiri."

Slot 3 : Pn. Mastiah

 " Saya suka sangat tengok filem hindustan,asyik dibuai lagu-lagunya dan artis-artisnya yang lawa dan kacak. Paling saya suka cerita-cerita yang romantis, kadang saya rasa saya yang berada dalam kaca tv tu. seronok dapat jadi seperti Rani Mukherjee, Kajol, Pretty Zenta dan lain-lain tu. Saya bagaikan berada dalam sebuah taman jika jalan cerita berbaur romantik."

Ulasan penulis:

"Apa yang saya nak komen di sini, saya percaya kebanyakan isteri yang meminati filem hindustan ini  berhasrat mahu mimpi mereka menjadi kenyataan seperti apa yang mereka tonton di dalam filem. Impian itu mungkin tidak terluah dengan kata-kata tapi boleh jadi sudah meresap ke dalam minda di bawah sedar (sub-conscious mind) mereka. Jadi mereka letak satu harapan yang tinggi dalam rumahtangga sehinggakan bila kekurangan yang timbul dari pihak suami menyebabkan si isteri rasa kurang enak dengan perasaan yang mereka lalui di bawah pemikiran bawah sedar mereka itu. Lantaran itu, wahai isteri di luar sana, kita kena ingat bahawa suami dihadirkan dalam hidup kita sebagai satu pinjaman semata. Kelebihan dan kekurangan si suami hendaklah kita terima dengan redhanya,kerana ia merupakan satu ujian buat kita sebagai hamba. Kita sebagai perempuan bukan mudah untuk terima hakikat jika suami buat salah tapi hakikatnya kita semua hanyalah hamba....."

akan bersambung lagi...insyaAllah....ampun maaf jika tersalah kata....